Noor Azmi Yusof

Noor Azmi Yusof (lahir 6 Januari 1967) ialah seorang ahli politik Malaysia untuk kawasan Pertang dan seorang bekas guru besar di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Buloh, Negeri Sembilan. Beliau berasal daripada Mukim Pertang iaitu sebuah mukim di bawah pentadbiran Daerah Jelebu dan mendapat pendidikan tertinggi Ijazah Sarjana Muda Pendidikan.[1][2] Beliau juga merupakan Ketua UMNO Cawangan Kampung Geylang sejak tahun 2014.[2]